Decoupage dipronounce atau disebut
sebagai ‘day-ku-paj’. Biasa masa kita di tadika mesti ada kraf yang
hampir sama dengan decoupage kan? Skil ini cikgu akan ajar di mana kita koyak
kan kertas berwarna lepas tu gam pada permukaan kertas atau mengikut bentuk.
Tapi kalau tidak silap masa sekolah ini dipanggil ‘collages’.
Teknik decoupage juga hampir sama
ialah salah satu seni dekorasi di mana kertas ditampal ke atas permukaan dengan
menggunakan medium seperti gam. Proses ini nampak sangat mudah dan ‘straight
forward’ tetapi idea yang penting dalam seni dekorasi ini ialah permukaan yang
ditampal dengan kertas hiasan ini mestilah halus atau licin.
Untuk yang baru pertama kali
mempelajari teknik dekorasi ini, pilih corak yang mudah yang tidak memerlukan
anda memotong dengan teliti supaya anda boleh menumpukan teknik itu sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan dalam kraf ini tidaklah banyak. Cukup sekadar gam
dan gunting serta berus cat. Tetapi jika ingin kemasan yang halus, cantik dan
tahan lama, anda memerlukan lebih dari itu.
OBJEK YANG BOLE DI DECOUPAGE KAN
Di sini ada beberapa idea
barang-barang rumah dalam dan luar yang kita boleh decoupagekan.
Apa juga perabot di rumah bole di
decoupagekan. Yang penting permukaan perabot mestilah kebanyakan rata. Idea
perabot yang bole decoupage ialah;
1. Dresser -
Nampak cantik kan kalau dresser yang boring warnanya atau plain bolehlah dihias dengan
apa jua corak yang kita suka seperti corak lembut dan berbunga seperti di bawah.
2. Wardrobe
pakaian – Kebiasaan almari pakaian kita samada corak plain kayu atau english
stail atau apa juga corak yang simple. Bagi sesiapa yang suka corak yang lain
dari yang lain contohnya corak geometri memang susah hendak cari perabot
seperti itu di pasaran. Jadi apa kata hias sendiri almari pakaian anda. Anda
tidak perlu decoupage keseluruhan permukaan almari cukup hanya anda susun
corak-corak yang telah di gunting mengikut kreativiiti anda sendiri. Seperti
contoh di bawah ini;
3. Katil Bayi - katil bayi yang sememangnya kebanyakan terdapat dalam corak plain lembut bolehlah digubahkan dengan seni decoupage dengan mengunakan imej binatang yang comel.
4. Meja Kopi - Bagi yang minat stail 'English' atau stail 'cottage' bolehlah menggubah meja kayu yang lama kepada yang baru dengan hanya menggunakan seni dekorasi decoupage.
5. Rak Kasut - Wah, mesti ramai akan tertanya-tanya di mana mendapatkan rak kasut yang unik seperti ini. Kawan-kawan mesti terkejut corak rak kasut ini hanyalah dibuat di rumah.
Selain itu benda-benda lain yang boleh decoupage ialah seperti;
6. Bingkai gambar - bingkai gambar kebiasaanya memang hanya dalam corak plain. Ceriakan bingkai gambar dengan teknik decoupage.
7. Kotak kasut - Kotak kasut anda simpan daripada dibiar bersepah bolehlah di decoupage kan supaya
menjadi storage box yang comel.
8. Kotak
simpanan barang – Kotak simpanan barang bole di decoupage kan dan jadikannya
sebagai kotak hadiah. Nampak unik sekali kan? Design yang nampak seperti dilukis dan dicat rupanya hanya imej yang dilekat pada kotak tersebut.
9. Piring –
samada piring untuk hiasan dinding atau piring untuk makan pun boleh.
Idea decoupage piring yang digunakan untuk makan ialah dengan mengunakan piring kaca yang tidak berwarna dan kertas berwarna atau corak-corak di tampal pada bahagian belakang piring. Tapi perlu di ingat kan piring ini tidak boleh digosok dengan kasar dan hanya guna ia untuk serve snack atau bahan-bahan yang kering.
10. Pasu bunga
pun boleh decoupage kan. Tetapi kena ingat pasu bunga itu kita tanam bunga dan
siram dengan air so kenala permukaan decoupage itu kalis air. Jadi kena
pastikan sebelum memulakan decoupage kena cat dengan varnish dahulu dan selepas
proses decoupage kena cat sekali lagi dengan varnish.
|
Sumber |
11.Jangan hairan, aksesori pun bole decoupage
kan.
Gelang, headband rambut mahupun anting-anting. Yang penting
usaha dan kerajinan anda untuk menampal di bahagian yang kecil.
KERTAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PROJEK DECOUPAGE
Apa jua jenis kertas boleh digunakan, samada nipis atau
tebal. Tiada had dalam pemilihan kertas.
-
Napkin
-
Fabrik
-
Poster
-
Majalah
-
Keratan akhbar
-
Decorative paper (seperti kertas scrapbook)
-
Kertas tisu
-
Peta
-
Wrapping paper
-
Catalog
-
Anda juga boleh guna gambar anda sendiri dengan
mencetak
Ok cukup
dengan apa objek-objek yang anda boleh guna untuk decoupage dan jenis kertas
yang digunakan, mari tengok apa material yang perlu untuk projek ini.
Material untuk decoupage ialah;
- Objek untuk
decoupage.
- Kertas hiasan
- Gunting
- Berus Cat
- Gam decoupage (seperti Mod Podge; boleh didapati online seperti www.multifilla.com) atau apa jua jenis gam yang berasaskan air.
- Primer (seperti Gesso) atau cat primer lain seperti emulsion paint yang boleh didapati di kedai hardware – untuk mengecat objek sebagai persediaan untuk decoupage.
- Varnish (hanya jika anda menggunakan gam selain dari gam decoupage sebab gam ini bertindak sebagai varnish juga) ataupun sealer – untuk membuat corak decoupage lebih tahan lama.
- Kertas Pasir (jika perlu untuk menghaluskan permukaan terutamanya perabot)
Semua bahan
ini anda bole dapati di kedai kraf seperti www.multifilla.com. My Little Gift Shoppe ada
menjual set decoupage ini juga.
CARA-CARA UNTUK DECOUPAGE
1. Sediakan permukaan untuk decoupage. Hampir
semua jenis permukaan boleh digunakan untuk projek decoupage. Permukaan yang
sesuai ialah seperti kayu, ‘papier mache’ (seni atau kraf untuk membentuk atau
melapis objek 3D menggunakan kertas yang telah dikoyak-koyakkan), terra cotta
(tanah liat), tin, kadbod atau permukaan kaca. Permukaan plastik kurang sesuai
untuk decoupage, walau bagaimanapun, cuba untuk decoupage sebahagian kecil
untuk cuba samada anda berpuas hati dengan hasil nya.
2. Cat permukaan dengan cat primer supaya senang
untuk decoupage (walau bagaimanapun, langkah ini hanya pilihan jika objek
tersebut tidak mempunyai sebarang corak pada dasarnya). Bole terus ke langkah
3.
3. Sediakan kertas hiasan anda. Gunting mengikut
ukuran permukaan objek. Ukur dengan pembaris jika perlu. Tips untuk
kertas-kertas hiasan yang pelbagai;
·
Fabrik – Cuci dan keringkan fabrik tersebut
(jangan guna pelembut kain). Seterika jika perlu. Dengan menggunakan berus,
sapu sedikit gam decoupage dan biarkan kering. Tujuannya untuk memudahkan anda
gunting fabrik tersebut.
·
Kertas – Hampir semua jenis kertas terutama
kertas yang tebal atau kertas scrapbook, boleh diletakkan dengan gam decoupage.
Untuk kertas yang lebih nipis dan kertas yang telah dicetak dengan imej anda
menggunakan pencetak, spray kertas menggunakan clear acrylic sealer (terdapat dalam botol spray) terlebih dahulu
supaya ia menjadi sedikit keras.
·
Kertas tisu – Kertas tisu yang sememangnya nipis
akan membuatkan kertas berkerut jika disapu dengan gam. Kesan ini sebenarnya
membuat projek decoupage anda lebih menarik. Lapiskan sahaja kertas tisu
tersebut dan apabila kering sepenuhnya gosok dengan kertas pasir. Ulangi proses
ini sehingga anda berpuas hati dengan kesan decoupage dari kertas tisu
tersebut.
4. Sapukan gam dengan secukupnya pada permukaan
objek.
5. Lapiskan dengan kertas hiasan anda. Sapu setiap
inci permukaan dengan tangan atau kain yang sedikit lembab supaya tiada udara
terperangkap di dalam. Dan yang paling penting, biarkan kering selama 15-20
minit.
Tips: Gunakan objek jika perlu untuk mendapat kesan decoupage yang rata. Sapu dari tengah ke bahagian luar.
6. Sapukan gam decoupage di atas kertas hiasan yang
telah dilapis tadi. Biarkan kering dan sapu sekali lagi. Jumlah sapuan gam
terpulang kepada anda tapi kami rekomen sebanyak dua lapisan sahaja. Biarkan
kering semalaman.
Langkah terakhir ialah dengan mengecat menggunakan varnish
supaya kesan decoupage lebih tahan lama. Biarkan kering sekurang-kurang 2 jam
sebelum lapisan kedua varnish.
Tips: Selepas
sapuan varnish tadi, gosok permukaan decoupage tadi menggunakan kertas pasir
supaya tampak lebih lembut dan ulang proses mengecat varnish sehingga anda puas
hati dengan hasilnya. Ulang proses mengikut jenis kertas hiasan yang anda
gunakan. Lagi tebal kertas hiasan, lagi banyak anda perlu ulang proses
ini.
Jangan risau
jika perlu ulang proses ini sebanyak mungkin. Proses ini akan membuat permukaan
decoupage lebih halus dan tahan lama.
Sumber Tutorial:
TIPS-TIPS UNTUK DECOUPAGE
1. Jangan
risau jika menggunakan gam seperti PVA atau Mod Podge permukaan yang di cat
akan kelihatan pudar. Selepas kering gam akan menjadi transparent dan corak pun
akan kelihatan terang.
2. Jika
menggunakan gam PVA atau Mod Podge pastikan cat lagi dengan varnish supaya
permukaan corak itu tahan lama.
3. Jika
menggunakan fabrik sebagai bahan untuk decoupage, pastikan permukaan fabric
diseterika terlebih dahulu.
SELAMAT BERKRAF!