Wednesday, 24 June 2015

Decoupage - Seni Kraf Koyak dan Gam

Decoupage dipronounce atau disebut sebagai day-ku-paj’. Biasa masa kita di tadika mesti ada kraf yang hampir sama dengan decoupage kan? Skil ini cikgu akan ajar di mana kita koyak kan kertas berwarna lepas tu gam pada permukaan kertas atau mengikut bentuk. Tapi kalau tidak silap masa sekolah ini dipanggil ‘collages’.

Teknik decoupage juga hampir sama ialah salah satu seni dekorasi di mana kertas ditampal ke atas permukaan dengan menggunakan medium seperti gam. Proses ini nampak sangat mudah dan ‘straight forward’ tetapi idea yang penting dalam seni dekorasi ini ialah permukaan yang ditampal dengan kertas hiasan ini mestilah halus atau licin.

Untuk yang baru pertama kali mempelajari teknik dekorasi ini, pilih corak yang mudah yang tidak memerlukan anda memotong dengan teliti supaya anda boleh menumpukan teknik itu sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan dalam kraf ini tidaklah banyak. Cukup sekadar gam dan gunting serta berus cat. Tetapi jika ingin kemasan yang halus, cantik dan tahan lama, anda memerlukan lebih dari itu.


OBJEK YANG BOLE DI DECOUPAGE KAN

Di sini ada beberapa idea barang-barang rumah dalam dan luar yang kita boleh decoupagekan.

Apa juga perabot di rumah bole di decoupagekan. Yang penting permukaan perabot mestilah kebanyakan rata. Idea perabot yang bole decoupage ialah;

1.  Dresser - Nampak cantik kan kalau dresser yang boring warnanya  atau plain bolehlah dihias dengan apa jua corak yang kita suka seperti corak lembut dan berbunga seperti di bawah. 


2.  Wardrobe pakaian – Kebiasaan almari pakaian kita samada corak plain kayu atau english stail atau apa juga corak yang simple. Bagi sesiapa yang suka corak yang lain dari yang lain contohnya corak geometri memang susah hendak cari perabot seperti itu di pasaran. Jadi apa kata hias sendiri almari pakaian anda. Anda tidak perlu decoupage keseluruhan permukaan almari cukup hanya anda susun corak-corak yang telah di gunting mengikut kreativiiti anda sendiri. Seperti contoh di bawah ini;

Sumber

3.   Katil Bayi - katil bayi yang sememangnya kebanyakan terdapat dalam corak plain lembut bolehlah digubahkan dengan seni decoupage dengan mengunakan imej binatang yang comel.

Sumber

4.  Meja Kopi - Bagi yang minat stail 'English' atau stail 'cottage' bolehlah menggubah meja kayu yang lama kepada yang baru dengan hanya menggunakan seni dekorasi decoupage.

Sumber

5. Rak Kasut - Wah, mesti ramai akan tertanya-tanya di mana mendapatkan rak kasut yang unik seperti ini. Kawan-kawan mesti terkejut corak rak kasut ini hanyalah dibuat di rumah.

Sumber

Selain itu benda-benda lain yang boleh decoupage ialah seperti;


6.   Bingkai gambar - bingkai gambar kebiasaanya memang hanya dalam corak plain. Ceriakan bingkai gambar dengan teknik decoupage.

Sumber

7.  Kotak kasut -  Kotak kasut anda simpan daripada dibiar bersepah bolehlah di decoupage kan supaya menjadi storage box yang comel.

Sumber

8. Kotak simpanan barang – Kotak simpanan barang bole di decoupage kan dan jadikannya sebagai kotak hadiah. Nampak unik sekali kan? Design yang nampak seperti dilukis dan dicat rupanya hanya imej yang dilekat pada kotak tersebut.

Sumber

9.  Piring – samada piring untuk hiasan dinding atau piring untuk makan pun boleh.

Sumber

Idea decoupage piring yang digunakan untuk makan ialah dengan mengunakan piring kaca yang tidak berwarna dan kertas berwarna atau corak-corak di tampal pada bahagian belakang piring. Tapi perlu di ingat kan piring ini tidak boleh digosok dengan kasar dan hanya guna ia untuk serve snack atau bahan-bahan yang kering.

Sumber

10. Pasu bunga pun boleh decoupage kan. Tetapi kena ingat pasu bunga itu kita tanam bunga dan siram dengan air so kenala permukaan decoupage itu kalis air. Jadi kena pastikan sebelum memulakan decoupage kena cat dengan varnish dahulu dan selepas proses decoupage kena cat sekali lagi dengan varnish.

Sumber
  
11.Jangan hairan, aksesori pun bole decoupage kan.
Gelang, headband rambut mahupun anting-anting. Yang penting usaha dan kerajinan anda untuk menampal di bahagian yang kecil.

Sumber


KERTAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PROJEK DECOUPAGE

Apa jua jenis kertas boleh digunakan, samada nipis atau tebal. Tiada had dalam pemilihan kertas.

-          Napkin
-          Fabrik
-          Poster
-          Majalah
-          Keratan akhbar
-          Decorative paper (seperti kertas scrapbook)
-          Kertas tisu
-          Peta
-          Wrapping paper
-          Catalog
-          Anda juga boleh guna gambar anda sendiri dengan mencetak

Ok cukup dengan apa objek-objek yang anda boleh guna untuk decoupage dan jenis kertas yang digunakan, mari tengok apa material yang perlu untuk projek ini.

Material untuk decoupage ialah;

  • Objek untuk decoupage.
  • Kertas hiasan
  • Gunting
  • Berus Cat
  • Gam decoupage (seperti Mod Podge; boleh didapati online seperti www.multifilla.com) atau apa jua jenis gam yang berasaskan air.
  • Primer (seperti Gesso) atau cat primer lain seperti emulsion paint yang boleh didapati di kedai hardware – untuk mengecat objek sebagai persediaan untuk decoupage.
  • Varnish (hanya jika anda menggunakan gam selain dari gam decoupage sebab gam ini bertindak sebagai varnish juga) ataupun sealer – untuk membuat corak decoupage lebih tahan lama.
  • Kertas Pasir (jika perlu untuk menghaluskan permukaan terutamanya perabot)


Semua bahan ini anda bole dapati di kedai kraf seperti www.multifilla.com. My Little Gift Shoppe ada menjual set decoupage ini juga.



CARA-CARA UNTUK DECOUPAGE 

1.  Sediakan permukaan untuk decoupage. Hampir semua jenis permukaan boleh digunakan untuk projek decoupage. Permukaan yang sesuai ialah seperti kayu, ‘papier mache’ (seni atau kraf untuk membentuk atau melapis objek 3D menggunakan kertas yang telah dikoyak-koyakkan), terra cotta (tanah liat), tin, kadbod atau permukaan kaca. Permukaan plastik kurang sesuai untuk decoupage, walau bagaimanapun, cuba untuk decoupage sebahagian kecil untuk cuba samada anda berpuas hati dengan hasil nya.




2.  Cat permukaan dengan cat primer supaya senang untuk decoupage (walau bagaimanapun, langkah ini hanya pilihan jika objek tersebut tidak mempunyai sebarang corak pada dasarnya). Bole terus ke langkah 3.



3. Sediakan kertas hiasan anda. Gunting mengikut ukuran permukaan objek. Ukur dengan pembaris jika perlu. Tips untuk kertas-kertas hiasan yang pelbagai;

·         Fabrik – Cuci dan keringkan fabrik tersebut (jangan guna pelembut kain). Seterika jika perlu. Dengan menggunakan berus, sapu sedikit gam decoupage dan biarkan kering. Tujuannya untuk memudahkan anda gunting fabrik tersebut.
·         Kertas – Hampir semua jenis kertas terutama kertas yang tebal atau kertas scrapbook, boleh diletakkan dengan gam decoupage. Untuk kertas yang lebih nipis dan kertas yang telah dicetak dengan imej anda menggunakan pencetak, spray kertas menggunakan clear acrylic sealer (terdapat dalam botol spray) terlebih dahulu supaya ia menjadi sedikit keras.
·         Kertas tisu – Kertas tisu yang sememangnya nipis akan membuatkan kertas berkerut jika disapu dengan gam. Kesan ini sebenarnya membuat projek decoupage anda lebih menarik. Lapiskan sahaja kertas tisu tersebut dan apabila kering sepenuhnya gosok dengan kertas pasir. Ulangi proses ini sehingga anda berpuas hati dengan kesan decoupage dari kertas tisu tersebut.




4.  Sapukan gam dengan secukupnya pada permukaan objek. 




5. Lapiskan dengan kertas hiasan anda. Sapu setiap inci permukaan dengan tangan atau kain yang sedikit lembab supaya tiada udara terperangkap di dalam. Dan yang paling penting, biarkan kering selama 15-20 minit.
                  




      Tips: Gunakan objek jika perlu untuk mendapat kesan decoupage yang rata. Sapu dari tengah ke bahagian luar.




6.  Sapukan gam decoupage di atas kertas hiasan yang telah dilapis tadi. Biarkan kering dan sapu sekali lagi. Jumlah sapuan gam terpulang kepada anda tapi kami rekomen sebanyak dua lapisan sahaja. Biarkan kering semalaman.

Langkah terakhir ialah dengan mengecat menggunakan varnish supaya kesan decoupage lebih tahan lama. Biarkan kering sekurang-kurang 2 jam sebelum lapisan kedua varnish.




Tips: Selepas sapuan varnish tadi, gosok permukaan decoupage tadi menggunakan kertas pasir supaya tampak lebih lembut dan ulang proses mengecat varnish sehingga anda puas hati dengan hasilnya. Ulang proses mengikut jenis kertas hiasan yang anda gunakan. Lagi tebal kertas hiasan, lagi banyak anda perlu ulang proses ini. 

Jangan risau jika perlu ulang proses ini sebanyak mungkin. Proses ini akan membuat permukaan decoupage lebih halus dan tahan lama.



Sumber Tutorial: 

TIPS-TIPS UNTUK DECOUPAGE

1.       Jangan risau jika menggunakan gam seperti PVA atau Mod Podge permukaan yang di cat akan kelihatan pudar. Selepas kering gam akan menjadi transparent dan corak pun akan kelihatan terang.
2.       Jika menggunakan gam PVA atau Mod Podge pastikan cat lagi dengan varnish supaya permukaan corak itu tahan lama.
3.       Jika menggunakan fabrik sebagai bahan untuk decoupage, pastikan permukaan fabric diseterika terlebih dahulu.


SELAMAT BERKRAF! 

Sunday, 14 June 2015

Bookmark your Book with Love! DIY Penanda Buku Berbentuk Hati.


Origami penanda buku ini sangat senang. Hanya perlu saiz kertas yang bersesuaian dan mestilah dalam bentuk segi empat. Guna kertas berwarna supaya lebih menarik atau recyle majalah yang ada di rumah.

Let's get started! Hanya ikut diagram di bawah.



1. Langkah pertama ialah untuk mendapatkan crease atau lipatan.




2. Ikut diagram di bawah supaya lipatan menjadi bentuk segi tiga.




3. Langkah di bawah juga hanya untuk mendapatkan crease atau lipatan. Setelah crease dibentuk, buka kembali lipatan tersebut.






4. Ikut diagram di bawah untuk langkah seterusnya.




5. Tiga diagram di bawah adalah untuk membentuk bahagian atas bentuk hati.






6. Setelah lengkap, buka lipatan seperti di bawah untuk mendedahkan penanda buku bentuk buku yang telah pun siap.



Selamat berkraf!



Original idea of this tutorial is from The Cheese Thief.





Friday, 5 June 2015

Driving in My Toy Car



You must have boxes all around the house and think what else you can do with it other than as storage. Why not make a toy car for you child and you ask them to imagine what color and type of car would they like to make. This craft is easy and cheap as you will be only needing recycle materials.

So, let's get started!


Supplies:
A cardboard box large enough to fit a child
Scissor and penknife
Permanent Marker
Double tape or hotglue
Colour wrapping paper
Recycle materials such as plastic cup, plastic lid and tissue tube
Scrap fabric or ribbon (for car strap)

Direction:
Step 1: Prepare car body. Cut all the flap off the bottom of the box. Cut the flaps at the top of the box in half. Wrap box with the colored paper.




Step 2: Prepare car body parts such as wheels, headlight and rear light, bumper and also grill. 















Using permanent marker, draw lines on the car body for the doors. Use scrap fabric or ribbon for the shoulder strap. Attach to the box and adjust the length so it hang at the right height. I use paper plate as the steering wheel. Decorate according to your preference.




Enjoy!!